Pada 3 Januari 2025, sesi mesyuarat kali ketiga telah diadakan bersama Prof. Dr. Robiah Yunus dan Tuan Gregory Laurence Foster dari Sonace Technologies bagi membincangkan hala tuju harta intelek baharu berdasarkan paten "A system and method for extracting crude palm oil from oil palm oil fruitlet".
Selain itu, perbincangan turut meneliti strategi pelesenan dan pengkomersilan teknologi baharu agar dapat dimanfaatkan secara lebih luas. Dr. Muhamad Faiz Mukhtar, Ketua Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan UPM, serta Prof. Dr. Robiah Yunus (Pesara UPM) memainkan peranan utama dalam sesi ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, serta dihadiri oleh Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek), dan Puan Ashida Othman.
Kerjasama ini membuka ruang kepada inovasi berimpak tinggi, mengukuhkan kedudukan UPM dalam bidang teknologi minyak sawit serta mempercepatkan proses pengkomersilan hasil penyelidikan ke pasaran
Date of Input: 04/02/2025 | Updated: 04/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia