Pada 16 Januari 2025, satu mesyuarat penting telah diadakan antara Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pihak Noraz Berkat Sdn. Bhd. untuk merangka strategi pengkomersilan teknologi “Pumpkin and Cheese Sauce Premix.” Teknologi ini adalah hasil inovasi dari Dr. Siti Nurhayati Khairatun binti Mohd Sharif, seorang pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM. Sos labu ini dijangka dapat menembusi pasaran industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park, turut dihadiri oleh Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Pertanian, Perubatan & Kesihatan, Teknologi Makanan). Turut serta dalam mesyuarat ini adalah pihak Noraz Berkat Sdn. Bhd., yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam pengkomersilan produk tersebut.
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memetakan strategi yang berkesan bagi memasarkan sos labu ini kepada pengguna dan industri F&B tempatan, serta memastikan teknologi ini dapat memberikan impak positif dalam pasaran. Teknologi Sos Labu ini dijangka menjadi produk inovatif yang memenuhi permintaan pasaran dengan menawarkan pilihan yang lebih sihat dan menarik bagi pengguna di Malaysia.
Date of Input: 16/01/2025 | Updated: 16/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia