21 Februari 2025 - Mesyuarat Pelesenan teknologi “Putra Red Tilapia” antara Putra Science Park (PSP), UPM dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) bersama syarikat Rambungan Aqua Life Sdn.Bhd.
Teknologi ini hasil penyelidikan penyelidik UPM yang diketuai oleh Prof. Madya. Dr. Yuzine Bin Esa daripada Fakulti Pertanian.
Teknologi ini adalah baka baru terhasil daripada persilangan antara betina tilapia dan jantan tilapia hibrid merah untuk menggabungkan ciri-ciri unggul tilapia seperti pertumbuhan pantas, dengan warna badan merah yang sangat digemari oleh pengguna di Malaysia.
Pihak Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) diwakili oleh En.Gom Raway (Pengurus Besar) & En. Sim Ing Jye, Ketua Pegawai Eksekutif Rambungan Aqua Life Sdn Bhd.
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Samsilah Binti Roslan, Pengarah Putra Science Park (PSP) & Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park.
Date of Input: 21/02/2025 |
Updated: 21/02/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING