13 November 2025: Mesyuarat pembaharuan perjanjian pelesenan bagi Hakcipta “Soil Properties Mapping System Using Electrical Conductivity Sensor (SoilProp)” telah diadakan antara UPM dan Solarcrest Sdn. Bhd.
Teknologi SoilProp, hasil penyelidikan Dr. Ezrin Mohd Husin dari Fakulti Kejuruteraan, membolehkan maklumat tanah dikesan dengan tepat di setiap lokasi menggunakan sensor kekonduksian elektrik. Data dipaparkan serta-merta sebagai peta sifat tanah, membantu penyelidik, petani dan pihak industri memahami keadaan tanah dengan lebih cepat dan efisien untuk pengurusan pertanian yang lebih baik.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi & Pengkomersilan, Putra Science Park, dan turut dihadiri oleh penyelidik UPM Dr. Ezrin Mohd Husin serta wakil syarikat En. Mohd Fadzli bin Fathil dari Solarcrest Sdn. Bhd.
Date of Input: 14/11/2025 | Updated: 14/11/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia