19 Jun 2025: Mesyuarat Pemerkasaan Pengkomersilan Produk UPM melalui Inisiatif “UPM Products First” antara Putra Science Park (PSP) selaku PTJ Peneraju, Pusat Pertanian Putra (PPP), Pejabat Bursar dan Pihak syarikat yang terlibat iaitu Qarbotech Sdn.Bhd & Halways Sdn.Bhd .
“UPM Products First “ merupakan inisiatif yang memberi keutamaan kepada produk-produk UPM yang telah dikomersilkan. Melalui inisiatif ini, UPM akan menjadi “test bed” dan “showcase” bagi produk UPM untuk tujuan pemasaran produk , meningkatkan kesedaran pelabur dan pemegang taruh tentang kualiti dan impak produk komersil UPM.
Inisiatif ini juga merupakan langkah strategik UPM bagi meningkatkan promosi dan jualan produk komersial UPM di peringkat universiti oleh pihak Industri. Bagi Fasa Pertama, Produk Harvast iaitu Produk yang boleh meningkatkan kecekapan proses fotosintesis dalam tumbuhan dan Produk Penternakan dan Akuakultur “Thohira” akan diketengahkan untuk digunapakai oleh Pusat Pertanian Putra (PPP) UPM.
Perbincangan kali ini adalah untuk merancang, merangka dan mewujudkan kaedah yang kondusif serta fasilitatif bagi inisiatif “UPM Product First” ini. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah Putra Science Park (PSP). Turut serta adalah Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park & Prof. Madya. Dr. Siti Zaharah binti Hj. Sakimin (Pengarah, Pusat Pertanian Putra) dan Pegawai-Pegawai Pusat Pertanian Putra (PPP).
Turut serta dan mendokong Inisiatif “UPM Products First” ini adalah Puan Hajah Izariahwati Binti Mohd Isa dan Puan Siti Amira Binti Shukor (Pejabat Bursar). Daripada Pihak syarikat ialah En.Chor Chee Hor (Ketua Pegawai Eksekutif, Qarbotech Sdn.Bhd & Dr. Akhmal Hakim Roslan (Ketua Pegawai Eksekutif, Halways Sdn.Bhd)
Date of Input: 20/06/2025 |
Updated: 20/06/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING