Mesyuarat Pengkomersilan Antara Putra Science Park (PSP) Dan Nexus Wise Sdn.Bhd Iaitu Pemilik Bersama Harta Intelek “Eczefolia/Standardized Melicope Ptelefolia Extract” | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat Pengkomersilan antara Putra Science Park (PSP) dan Nexus Wise Sdn.Bhd iaitu pemilik bersama Harta Intelek “Eczefolia/Standardized Melicope Ptelefolia Extract”

Mesyuarat Pengkomersilan antara Putra Science Park (PSP) dan Nexus Wise Sdn.Bhd iaitu pemilik bersama Harta Intelek “Eczefolia/Standardized Melicope Ptelefolia Extract”

3 September 2025: Mesyuarat Pengkomersilan antara Putra Science Park (PSP) dan Nexus Wise Sdn.Bhd iaitu pemilik bersama Harta Intelek “Eczefolia/Standardized Melicope Ptelefolia Extract” (Paten) hasil penyelidikan pasukan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Tham Chau Ling dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
 
Inovasi ini adalah ekstrak bahan aktif daripada Melicope ptelefolia (Tenggek Burung) untuk membantu mencegah dan mengawal masalah keradangan yang sering dikaitkan dengan penyakit seperti ekzema, dan lain-lain masalah kulit.
 
Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perkongsian pendapatan hasil pengkomersilan produk oleh Nexus Wise Sdn.Bhd. Perbincangan ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan. Pihak Nexus Wise Sdn.Bhd diwakili oleh ChM. Dr. Faiqah Binti Ramli (Pengurus R&D)

Date of Input: 03/09/2025 | Updated: 03/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (07:43:29am-07:48:29am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]