Mesyuarat Pengkomersilan Buat Pertama Kali Untuk Teknologi Paten “Fungicides HexaMOFs Nanodelivery” Dan “Thermal Imaging For Palm Fruits Maturity & Quality” | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat pengkomersilan buat pertama kali untuk teknologi paten “Fungicides HexaMOFs Nanodelivery” dan “Thermal Imaging for Palm Fruits Maturity & Quality”

Mesyuarat pengkomersilan buat pertama kali untuk teknologi paten “Fungicides HexaMOFs Nanodelivery” dan “Thermal Imaging for Palm Fruits Maturity & Quality”

8 September 2025: Mesyuarat pengkomersilan buat pertama kali untuk teknologi paten “Fungicides HexaMOFs Nanodelivery” dan “Thermal Imaging for Palm Fruits Maturity & Quality” telah diadakan di antara Putra Science Park (PSP) dengan penyelidik, Profesor Dr. Mohd Basyaruddin bin Abdul Rahman dari Fakulti Sains dan Profesor Dr. Abdul Rashid bin Mohamed Shariff dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Kedua-dua teknologi ini yang memfokuskan kepada racun kulat “Fungicides HexaMOFs Nanodelivery” dan pengimbas penentuan tahap kemasakan buah kelapa sawit “Thermal Imaging for Palm Fruits Maturity & Quality” telah menarik minat Iweka Digital Solusi dari Jakarta Selatan, Indonesia. Mesyuarat kali kedua akan diadakan dengan syarikat ini bagi membincangkan potensi pengkomersilan bersama.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan turut hadir Puan Norhadida Irdayu Mohd Hanafi, Pegawai Tadbir (Kluster Pertanian, Makanan, Perubatan dan Teknologi Kesihatan) dan Cik Suzalina Akma Awing, Pegawai Eksekutif (Kluster Kejuruteraan, Sains Fizik dan Teknologi Termaju).

Date of Input: 08/09/2025 | Updated: 08/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (02:57:12pm-03:02:12pm, 17 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]