Mesyuarat Pengkomersilan Teknologi UPM Bersama Syarikat Iweka Digital Solusi, Indonesia | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat Pengkomersilan Teknologi UPM bersama syarikat Iweka Digital Solusi, Indonesia

Mesyuarat Pengkomersilan Teknologi UPM bersama syarikat Iweka Digital Solusi, Indonesia

23 Oktober 2025: Mesyuarat Pengkomersilan Teknologi UPM bersama syarikat Iweka Digital Solusi, Indonesia. Mesyuarat ini bertujuan memberi penerangan kepada pihak syarikat berkenaan beberapa teknologi UPM berkaitan industri kelapa sawit yang telah dikenal pasti, serta membuka peluang perbincangan mengenai potensi kerjasama dan pelesenan.
 
Mesyuarat ini juga memberi ruang kepada pihak syarikat untuk memahami teknologi yang dibangunkan secara lebih jelas, di samping membantu penyelidik mengenal pasti keperluan industri, penambahbaikan teknologi dan kesediaan untuk dikomersialkan. Hasil perbincangan, pihak syarikat bersetuju untuk meneruskan perbincangan lanjut ke arah pengkomersilan bersama UPM.
 
Antara penyelidik yang terlibat ialah Prof. Dr. Abdul Rashid, Prof. Dr. Siti Khairunniza, Prof. Dr. Wan Azlina dan Prof. Dr. Helmi Zulhaidi dari Fakulti Kejuruteraan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan), Putra Science Park. Turut hadir ialah Cik Suzalina Akma Awing dan Puan Noor Haida. Pihak syarikat diwakili oleh En. Shahrul Ariffin dan En. Harry Indrawan.

Date of Input: 25/10/2025 | Updated: 25/10/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (07:26:46am-07:31:46am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]