7 Ogos 2025: Mesyuarat post pengkomersilan antara Putra Science Park (PSP),UPM dan Longe Medikal Sdn.Bhd iaitu syarikat pemula di bawah Program InnoHub UPM bagi pelesenan teknologi “Sistem Padimedikal” hasil penyelidikan Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr Ahmad Sobri Bin Muda dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Sistem Padimedikal ialah aplikasi perkongsian imej perubatan yang mengekalkan integriti data asal dengan menggunakan replika sekunder, sekali gus melindungi kerahsiaan pesakit.
Mesyuarat Post Pengkomersilan ini adalah bagi membincang dan menyelesaikan bersama-sama perkara berkaitan Strategi pemerkasaan Teknologi dan perbincangan berkaitan kewangan.
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park dan Pihak Syarikat diwakili oleh Ts Muhammad Izzat Mohd Sabri (Ketua Pegawai Eksekutif Longe Medikal Sdn.Bhd) & turut dihadiri oleh Puan Farzanah Atikah.
Date of Input: 08/08/2025 | Updated: 08/08/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia