Mesyuarat Rundingan Pembaharuan Perjanjian Pelesenan Instant Ice Cream Powder | PUTRA SCIENCE PARK 127
» NEWS » Mesyuarat Rundingan Pembaharuan Perjanjian Pelesenan Instant Ice Cream Powder

Mesyuarat Rundingan Pembaharuan Perjanjian Pelesenan Instant Ice Cream Powder

Pada 5 Februari 2025, telah berlangsung Mesyuarat Rundingan Pembaharuan Perjanjian Pelesenan bagi teknologi Instant Ice Cream Powder antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Proville Tech Sdn Bhd. Teknologi ini, yang telah dilesenkan sejak tahun 2022, berkonsepkan gaya pemakanan sihat serta menawarkan aiskrim berkualiti premium pada harga mampu milik.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park, dengan kehadiran Puan Norliyana binti Kamarudin, Pegawai Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (Kluster Bioteknologi dan Sains Hayat). Turut hadir ialah Dr. Nur 'Aliaa Binti Abd Rahman dari Fakulti Kejuruteraan, UPM, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi ini.

Perbincangan dalam mesyuarat ini memberi tumpuan kepada hala tuju dan strategi pembaharuan perjanjian pelesenan, dengan matlamat memastikan kesinambungan pengkomersilan produk serta memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri. UPM komited dalam menyokong inovasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dengan memastikan teknologi yang dibangunkan terus relevan dan berdaya saing dalam pasaran.

Date of Input: 06/02/2025 | Updated: 06/02/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:09:11pm-08:14:11pm, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]