Mesyuarat Rundingan Pengkomersilan Fowl Adenovirus Vaccine Bersama Malaysia Vaccines & Pharmaceuticals (MVP) Sdn Bhd | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Mesyuarat Rundingan Pengkomersilan Fowl Adenovirus Vaccine Bersama Malaysia Vaccines & Pharmaceuticals (MVP) Sdn Bhd

Mesyuarat Rundingan Pengkomersilan Fowl Adenovirus Vaccine Bersama Malaysia Vaccines & Pharmaceuticals (MVP) Sdn Bhd

Pada 21 Januari 2025, telah diadakan Mesyuarat Rundingan Pengkomersilan bersama Malaysia Vaccines & Pharmaceuticals (MVP) Sdn Bhd bagi membincangkan usaha pengkomersilan inovasi "Fowl Adenovirus Vaccine and Method of Preparation". Inovasi ini merupakan hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa dari Institut Biosains, UPM, dengan kerjasama penyelidik bersama, Prof. Dato' Dr. Mohd Hair Bejo.

MVP Sdn Bhd, sebagai rakan strategik pengkomersilan UPM sejak tahun 1993, menjadikan inovasi ini sebagai produk kelima yang bakal dikomersilkan melalui kerjasama mereka dengan universiti. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park (PSP), UPM.

Rundingan ini bertujuan membincangkan aspek pemindahan teknologi, perjanjian pelesenan, serta strategi pemasaran vaksin tersebut bagi memastikan kejayaan penembusan pasaran tempatan dan antarabangsa. Kerjasama ini dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan daya saing industri veterinar dan memberi manfaat kepada sektor penternakan ayam melalui penyelesaian vaksin yang inovatif dan berkesan.

Date of Input: 21/01/2025 | Updated: 21/01/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (03:15:49pm-03:20:49pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]