Pelajar Daripada Program Bacelor Sains Bioteknologi (Kepujian) Telah Mengadakan Lawatan Akademik Ke Putra Science Park | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Pelajar daripada program Bacelor Sains Bioteknologi (Kepujian) telah mengadakan lawatan akademik ke Putra Science Park

Pelajar daripada program Bacelor Sains Bioteknologi (Kepujian) telah mengadakan lawatan akademik ke Putra Science Park

11 Mei 2026 (Isnin) - Seramai 12 orang pelajar daripada program Bacelor Sains Bioteknologi (Kepujian) telah mengadakan lawatan akademik ke Putra Science Park bagi mendalami ekosistem inovasi, pengkomersialan teknologi dan keusahawanan yang digerakkan di universiti. Lawatan yang diiringi oleh Ts. Dr. Nur Sharmila Sharip ini memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri bagaimana hasil penyelidikan universiti diterjemahkan kepada produk dan teknologi yang memberi manfaat kepada industri serta masyarakat.
 
Sepanjang lawatan, para pelajar turut didedahkan dengan peranan PSP sebagai penghubung antara penyelidik, industri dan komuniti dalam memperkasa inovasi universiti ke peringkat lebih tinggi. Sesi perkongsian interaktif bersama pegawai PSP memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka potensi penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi, sekali gus membuka perspektif baharu mengenai peluang kerjaya dan keusahawanan berasaskan sains pada masa hadapan.

Date of Input: 11/05/2026 | Updated: 11/05/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:02:06pm-01:07:06pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]