Pembentangan Susulan Oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) Telah Diadakan Di Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Pembentangan susulan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Pembentangan susulan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

CYBERJAYA, 24 April – Satu sesi pembentangan susulan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperincikan hala tuju kolaborasi teknologi masa hadapan.
 
Pembentangan ini diterajui oleh:
* Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah Putra Science Park)
* Prof. Dato’ Dr. Shamala K. Subramaniam (Dekan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat)
* Prof. Dr. Mohd Fadlee A. Rasid (Wakil Fakulti Kejuruteraan)
 
Antara agenda utama dan inisiatif yang dibincangkan termasuk:
1. Sovereign AI Hub: Inisiatif pembangunan pusat kedaulatan AI negara.
2. Pertanian Persis (Precision Agriculture): Pemerkasaan sektor tani melalui teknologi digital.
3. Hab Inovasi 5G/6G: Pembangunan fasa kedua bagi penyelidikan rangkaian generasi akan datang.
 
Pihak MCMC telah memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap inisiatif yang dibentangkan.
Kerjasama ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada inovasi digital yang lebih inklusif, sekaligus meletakkan UPM dan MCMC sebagai peneraju utama dalam memacu ekosistem teknologi dan kedaulatan AI di Malaysia.

Date of Input: 25/04/2026 | Updated: 25/04/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (06:06:25pm-06:11:25pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]