PUTRAJAYA, 19 Disember - Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia telah membentangkan Cadangan Projek Permohonan Geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2024 bertajuk “Advancement, Scaling, and Regulatory Approval of Sustainable Weed Control Solutions (WeedNator Bioherbicide)” kepada Mesyuarat Board of Governors (BOG) MyLAB Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Pembentangan ini melibatkan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park; wakil kumpulan penyelidik YBrs. Ts. Dr. Anis Syahirah Mokhtar dari Fakulti Pertanian; serta kolaborator industri YBrs. Tn. Haji Amin Jaafar, Pengarah Urusan AMCO Niaga Sdn. Bhd. dan YBrs. En. Yahya Bazlan Ismail.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerjasama akademia–industri dalam memajukan solusi kawalan rumpai yang mampan melalui inovasi bioherbisid tempatan.

Date of Input: 19/12/2025 | Updated: 19/12/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia