Pada 19 Mac 2025, telah berlangsung sesi perbincangan mengenai status dan hala tuju pemindahan teknologi bagi pemindahan paten UPM bertajuk "Mannhemia Haemolytica Bacterial Polypeptide and Sequences, Gene Sequences and Uses Thereof" kepada Bio Angle Vacs Sdn. Bhd. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, dan turut dihadiri oleh wakil daripada UPM Innovation Sdn. Bhd., Penasihat Undang-Undang UPM, serta wakil Bio Angle Vacs Sdn. Bhd.
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan status terkini serta hala tuju pemindahan teknologi, termasuk proses perjanjian pemilikan paten dan potensi pemanfaatan teknologi dalam industri vaksin veterinar. Langkah ini mencerminkan komitmen UPM dalam memastikan hasil penyelidikan dan inovasi dapat dimanfaatkan oleh industri serta memberi impak yang signifikan kepada sektor berkaitan.
Melalui usaha pemindahan teknologi ini, UPM terus memperkukuh kerjasama strategik antara akademia dan industri dalam merealisasikan pengkomersilan inovasi berteknologi tinggi. Perbincangan yang diadakan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang bagi pembangunan produk berasaskan penyelidikan, sekaligus menyumbang kepada kemajuan industri bioteknologi dan veterinar negara.
Date of Input: 19/03/2025 | Updated: 19/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia