Pengarah PSP Kongsi Kepakaran Inovasi Di University Innovation Hub Program, Bangladesh | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Pengarah PSP Kongsi Kepakaran Inovasi di University Innovation Hub Program, Bangladesh

Pengarah PSP Kongsi Kepakaran Inovasi di University Innovation Hub Program, Bangladesh

DHAKA, 14 Jun – Pengarah Putra Science Park (PSP), Prof. Dr. Samsilah Roslan, telah dijemput menyampaikan ucapan dalam majlis University Innovation Hub Program (UIHP) National Innovation Challenge yang berlangsung di Universiti Dhaka, Bangladesh. Program yang disokong oleh World Bank ini bertujuan memperkukuh budaya inovasi, keusahawanan dan pembangunan syarikat pemula (startup) dalam kalangan pelajar serta penyelidik universiti. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan bakat usahawan teknologi, pemerkasaan idea inovatif dan penghasilan syarikat berasaskan teknologi yang berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat nasional dan antarabangsa.
 
May be an image of one or more people, dais and text
 
Dalam ucapannya, Prof. Dr. Samsilah Roslan berkongsi pengalaman Putra Science Park dalam membangunkan ekosistem inovasi yang menyokong penubuhan dan pertumbuhan syarikat startup berasaskan penyelidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau menekankan bahawa sokongan menyeluruh merangkumi program inkubasi, bimbingan perniagaan, akses kepada pelabur, perlindungan harta intelek serta jaringan industri adalah elemen penting dalam melahirkan usahawan teknologi yang berdaya saing. Beliau turut menyatakan bahawa kerjasama antarabangsa antara universiti, industri dan agensi pembangunan mampu mempercepatkan pertumbuhan syarikat startup serta memperkukuh agenda inovasi dan pemindahan teknologi di peringkat global.
 
 
May be an image of one or more people, newsroom and text

Date of Input: 14/06/2026 | Updated: 14/06/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (09:35:20am-09:40:20am, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]