»
NEWS » Pengarah Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Samsilah Roslan telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pembudayaan Prestasi Tinggi dan Penambahbaikan Berterusan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, UPM
SERDANG, 3 Jun 2026 (Rabu) – Pengarah Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Samsilah Roslan telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Pembudayaan Prestasi Tinggi dan Penambahbaikan Berterusan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar, UPM. Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga universiti serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan prestasi tinggi dalam menyokong visi, misi dan hala tuju strategik organisasi.
Sepanjang kursus tersebut, Prof. Dr. Samsilah Roslan telah berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi, pembangunan minda positif dan proaktif, serta kepentingan inovasi dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas. Melalui pendekatan andragogi yang menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman, peserta turut terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif yang membantu meningkatkan kemahiran membuat keputusan, menyelesaikan masalah secara strategik dan mengaplikasikan nilai integriti, profesionalisme serta kecemerlangan dalam tugasan harian. Penganjuran kursus ini diharap dapat melahirkan warga kerja yang lebih berdaya saing, produktif dan komited dalam membudayakan amalan penambahbaikan berterusan demi kecemerlangan UPM.
Date of Input: 04/06/2026 |
Updated: 04/06/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING