Pengauditan Jabatan Audit Negara Di Institut Biosains Fokus Kepada Penyelidikan, Pengkomersilan Dan Inovasi | PUTRA SCIENCE PARK 127
» NEWS » Pengauditan Jabatan Audit Negara di Institut Biosains Fokus Kepada Penyelidikan, Pengkomersilan dan Inovasi

Pengauditan Jabatan Audit Negara di Institut Biosains Fokus Kepada Penyelidikan, Pengkomersilan dan Inovasi

Serdang, 23 Jun 2025 – Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan rasmi daripada Jabatan Audit Negara bagi pelaksanaan pengauditan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (R&D&C&I) yang dijalankan di universiti ini. Pengauditan berlangsung selama dua hari, bermula 23 hingga 24 Jun 2025, dan memberi tumpuan khusus kepada semakan dokumen dan prestasi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HiCoE).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pematuhan terhadap garis panduan peruntukan geran penyelidikan serta keberkesanan pengurusan projek penyelidikan dan inovasi yang telah dijalankan oleh penyelidik UPM.

Turut hadir dalam sesi pengauditan ini ialah wakil dari Putra Science Park (PSP), Puan Norliyana Kamarudin dan Cik Suzalina Akma Awing, yang berperanan menyelaras dan memberikan input berkaitan aspek pengkomersilan teknologi dan inovasi universiti. Penglibatan PSP adalah penting dalam memberikan gambaran jelas tentang hala tuju strategik pemindahan teknologi dan potensi pasaran bagi produk inovasi yang telah dihasilkan.

Lawatan audit ini dijangka dapat meningkatkan lagi ketelusan serta keyakinan terhadap tadbir urus program penyelidikan dan inovasi di UPM, selari dengan matlamat universiti untuk memperkukuh kedudukan sebagai institusi penyelidikan terkemuka yang menyumbang kepada kemajuan negara melalui penjanaan teknologi dan inovasi berimpak tinggi.

Date of Input: 23/06/2025 | Updated: 23/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (07:24:23pm-07:29:23pm, 17 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]