Pengkomersilan Aplikasi Agriniti: Langkah Baharu Menuju Penternakan Pintar | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Pengkomersilan Aplikasi Agriniti: Langkah Baharu Menuju Penternakan Pintar

Pengkomersilan Aplikasi Agriniti: Langkah Baharu Menuju Penternakan Pintar

16 Jun 2025 - Telah berlangsung sesi pertama Mesyuarat Hala Tuju Pengkomersilan bagi projek Aplikasi Agriniti yang telah diketuai oleh YBrs Dr. Aida Binti Zakaria daripada ITAFoS. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman bagi membincangkan kemajuan semasa projek Aplikasi Agriniti bagi menentukan strategi pengkomersialan yang terbaik bagi teknologi ini.
 
Diikuti dengan sesi kedua bersama syarikat iaitu Mesyuarat Rundingan Pengkormersialan bersama syarikat Trio Aqua Farm yang telah diketuai oleh En. Muhammad Najimudin selaku pengurus projek syarikat. Syarikat ini telah berpengalaman dalam bidang penternakan dan juga pembekal ikan air tawar sejak 2014.
 
Syarikat berminat bagi mengkomersialkan teknologi Aplikasi Agriniti apabila melihat kelebihan teknologi dimana ia berpotensi memberi manfaat kepada komuniti penternak dalam memasarkan produk-produk ternakan. Aplikasi ini menyediakan platform untuk menjual ayam dan produk-produk berkaitan secara atas talian, membantu penternak mengoptimumkan penjagaan pemakanan dan kesihatan ternakan ayam. Aplikasi ini juga berpotensi dan memberikan impak yang besar dalam menaiktaraf dan memodenkan pengendalian penternakan ayam di Malaysia.

Date of Input: 18/06/2025 | Updated: 18/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (03:37:48pm-03:42:48pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]