Perbincangan Bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Bagi Meneroka Peluang Kolaborasi Dan Pembiayaan Dalam Pembangunan AI Sandbox Di UPM | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Perbincangan bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi meneroka peluang kolaborasi dan pembiayaan dalam pembangunan AI Sandbox di UPM

Perbincangan bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi meneroka peluang kolaborasi dan pembiayaan dalam pembangunan AI Sandbox di UPM

SERDANG, 15 Oktober 2025 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi meneroka peluang kolaborasi dan pembiayaan dalam pembangunan AI Sandbox di UPM.
 
Sesi ini diketuai oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah PSP dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Aliaa, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) PSP, Ts. Navin Sinnathamby, Ketua Bahagian Digital Agriculture Technology (AgTECH), Digital Adoption MDEC serta Pn. Syafini Ridowan, Ketua Bahagian Strategic Partnerships and Stakeholder Engagement MDEC.
 
Perbincangan ini menjadi platform penting untuk mengenal pasti inisiatif bersama antara UPM dan MDEC, termasuk potensi penggunaan AI Sandbox sebagai ruang ujian bagi penyelidikan, pembangunan produk, serta penerapan teknologi pintar dalam sektor pertanian dan bioteknologi.

Date of Input: 15/10/2025 | Updated: 15/10/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (03:56:26pm-04:01:26pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]