10 Mac 2025 - Perbincangan hala tuju pengkomersialan bagi teknologi HyperspecGlue yang dicipta oleh penyelidik YBrs. Prof Madya Ts. Dr. Norhashila Hashim daripada Fakulti Kejuruteraan, UPM. Perbincangan dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab.Rahman daripada Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, PSP.
Penyelidik telah berkongsi perkembangan projek terkini dan menerangkan kelebihan teknologi dimana sistem penggredan beras pulut yang berasaskan pengimejan ini boleh menentukan tahap kelembapan, tenaga, protein, lemak, abu, serta indeks keemasan dalam memberikan penyelesaian kepada isu perkhidmatan penggredan & analisis yang sedia ada. Teknologi ini juga disediakan bagi meningkatkan tahap produktiviti dan keberkesanan yang juga memberikan penambahbaikan proses pacsa penuaian beras pulut bagi pasaran pengeluar-pengeluar beras pulut tempatan mahupun antarabangsa.
Date of Input: 10/03/2025 | Updated: 10/03/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia