13 November 2025: Perbincangan kerjasama Pelesenan Teknologi "AI for Image Detection for Stroke" antara UPM dan Padimedical Sdn. Bhd. iaitu syarikat pemula di bawah Program InnoHub, PSP UPM.
Teknologi ini dibangunkan oleh penyelidik UPM, Dr. Anas Tharek dan Prof. Dr. Ahmad Sobri Muda dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan untuk membantu mengesan tanda-tanda awal strok menggunakan imej CT otak secara automatik. Dengan bantuan AI ini, proses diagnosis boleh menjadi lebih cepat dan tepat, seterusnya membantu pegawai perubatan membuat keputusan dengan lebih efisien.
Perbincangan melibatkan wakil daripada Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, PSP, Puan Noor Haida Abdul Hamid; penyelidik UPM, Prof. Dr. Ahmad Sobri bin Muda dan Dr. Anas bin Tharek; serta wakil syarikat Padimedical Sdn. Bhd. iaitu Ts. Muhammad Izzat bin Ahmad Sabri, Cik Farzanah Atikah binti Yamba dan En. Syahrul Amin bin Sa’adon.
Date of Input: 14/11/2025 |
Updated: 14/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING