SERDANG, 10 APRIL 2025 - Meneruskan Projek Kerjasama UPM-MIXSURE, satu perbincangan telah diadakan bagi membincangkan secara mendalam berkenaan pembangunan Modul Pensijilan Halal telah diadakan bersama Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan) Putra Science Park. Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Pengarah IPPH, Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, barisan penyelidik serta pegawai daripada IPPH, yang memainkan peranan penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan standard serta pematuhan halal.
Perbincangan ini tertumpu kepada struktur dan kandungan modul pensijilan halal yang dirangka, termasuk aspek pendidikan, latihan, dan pemindahan ilmu kepada pihak berkepentingan iaitu MIXSURE.
Date of Input: 11/04/2025 |
Updated: 11/04/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING