Perdana Menteri Lawat Reruai UPM-DNB Tinjau Inisiatif AI Sandbox Di ASEAN AI Summit 2025 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Perdana Menteri Lawat Reruai UPM-DNB Tinjau Inisiatif AI Sandbox di ASEAN AI Summit 2025

Perdana Menteri Lawat Reruai UPM-DNB Tinjau Inisiatif AI Sandbox di ASEAN AI Summit 2025

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh kedudukan sebagai peneraju inovasi kecerdasan buatan (AI) di rantau ASEAN menerusi penyertaan dalam Superbooth Sidang Kemuncak ASEAN Artificial Intelligence (AI) Summit 2025 yang berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Penyertaan di bawah inisiatif UPM-DNB AI Sandbox ini mempamerkan lima projek penyelidikan berimpak tinggi UPM yang lain termasuk inovasi Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali (Pengarah Institut Penyelidikan Matematik – INSPEM), Dr. Azree Shahrel Ahmad Nazri (Ketua Laboratori, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat – FSKTM), Dr. Noris Mohd Norowi (Pensyarah Kanan, FSKTM), Prof. Madya Dr. Puteri Suhaiza Sulaiman (Ketua Jabatan, FSKTM) dan Prof. Madya Dr. Norhashila Hashim (Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan), yang mengaplikasikan teknologi AI dalam sektor pertanian, bandar pintar dan penilaian kualiti hasil.
 
Mungkin imej 12 orang, televisyen, bilik berita dan teks
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang turut meluangkan masa melawat reruai UPM dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pelaksanaan AI Sandbox di bawah inisiatif UPM-DNB. Delegasi UPM diketuai oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah Putra Science Park) bersama Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman (Timbalan Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Putra Science Park). Penyertaan ini menzahirkan komitmen UPM-DNB untuk memacu inovasi AI yang memberi impak positif kepada masyarakat dan industri, selain memperkukuh jaringan strategik di peringkat serantau.
 
Mungkin imej ‎6 orang, dais, orang ramai dan ‎teks yang berkata '‎Tomorrow for Malaysia with AI اسل‎'‎‎

Date of Input: 14/08/2025 | Updated: 14/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (03:05:38pm-03:10:38pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]