5 Jun 2026: Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM Iaitu Composition for Use of As Organic Molluscicide and Biostimulant for Plant Growth” (Utiliti Inovasi) oleh syarikat AU Synergy Sdn Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Dr. Khairil Mahmud dari Institut Biosains.
Inovasi ini adalah formulasi dari bahan semulajadi yang berfungsi sebagai moluskisid organik untuk mengawal populasi siput perosak, khususnya siput gondang emas, yang sering menjejaskan hasil pertanian. Selain fungsi kawalan perosak, formulasi ini turut bertindak sebagai biostimulan yang mampu merangsang pertumbuhan dan kesihatan tanaman. Komponen utama formulasi ini ialah cuka buluh yang mengandungi sebatian bioaktif terpilih, serta ekstrak serai wangi yang kaya dengan sebatian bioaktif seperti geraniol, citronellol dan citral.
Perjanjian ditandatangani oleh En. Ahmad Azhari Bin Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif & wakil saksi dari syarikat iaitu En. Noor Khafiz Bin Ramli, Pengurus AU Synergy Sdn.Bhd. Sesi ini disaksikan oleh Pengarah Institut Biosains iaitu Y.Bhg Prof. Dr. Zunita Zakaria.
Majlis ini telah di hos kan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park
Date of Input: 05/06/2026 |
Updated: 05/06/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING