5 Jun 2026: Slot tandatangan perjanjian pelesenan bagi teknologi UPM Iaitu “Strip For Detecting Mycobacterium Tuberculosis (MTB) (TB Test Kit) oleh syarikat Biogenes Technologies Sdn.Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Prof. Dr. Nor Azah Yusof dari Fakulti Sains, UPM.
kit ujian memfokuskan kepada pengesanan Mycobacterium tuberculosis, bakteria penyebab penyakit tuberkulosis (TB), iaitu sejenis penyakit berjangkit. Teknologi kit ujian ini mengesan analit dalam sampel seperti darah dan kahak dengan hanya mengambil masa sekitar 5–10 minit untuk mendapatkan Keputusan. Inovasi ini memberi pelbagai kelebihan khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan, terutamanya bagi mempercepatkan saringan dan pengesanan awal penyakit TB.
Perjanjian ditandatangani oleh En.Adrian Joseph selaku Ketua Pegawai Eksekutif & wakil saksi dari syarikat iaitu En. Cheng Kim Sing selaku Pengarah Biogenes Technologies Sdn.Bhd. Sesi ini disaksikan oleh Ketua Jabatan Kimia Fakulti Sains iaitu Y.Brs Prof. Madya ChM Dr Emilia Abd Malek.
Majlis ini telah di hos kan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park.
Date of Input: 05/06/2026 |
Updated: 05/06/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING