18 Julai 2025: Satu majlis menandatangani perjanjian pelesenan teknologi Hakcipta ““3dT+AR: A Tangible User Interface Mobile App for Students with Dyslexia”” di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan U Empower Sdn. Bhd.
3dT+AR adalah aplikasi mudah alih inovatif yang direka untuk membantu pembaca awal berumur 3 tahun ke atas, termasuk mereka yang menghidap disleksia dan masalah pembelajaran lain, untuk menguasai fonik, ejaan, dan penulisan dalam bahasa Melayu. 3dT+AR menggabungkan pendekatan antara muka kentara (kad flash pintar), realiti imbuhan (AR) dan menggunakan antara muka mesra disleksia. 3dT+AR menjadikan pembelajaran itu lebih menarik, inklusif, dan berkesan. Aplikasi ini dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang setara untuk kanak-kanak dari semua latar belakang, termasuk mereka yang menghidap disleksia dan cabaran pembelajaran lain. Setiap kanak-kanak boleh mengakses pengalaman pembelajaran yang diperibadikan (personalised) kerana sistem ini mengenal pasti keperluan dan potensi unik mereka.
Pengkomersilan teknologi UPM ini adalah hasil penyelidikan kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Novia Indriaty Admodisastro daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM. Majlis menandatangani Perjanjian Pelesenan ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, Putra Science Park), Dato' Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam (Dekan FSKTM), Prof. Madya Ts. Dr. Novia Indriaty Admodisastro bersama dengan pasukan penyelidik yang terlibat dan Puan Zarina Muhamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif mewakili syarikat U Empower Sdn. Bhd.
Date of Input: 18/07/2025 |
Updated: 18/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING