PERJUMPAAN PENYELARASAN PAMERAN AMANAT NAIB CANSELOR 2026 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PERJUMPAAN PENYELARASAN PAMERAN AMANAT NAIB CANSELOR 2026

PERJUMPAAN PENYELARASAN PAMERAN AMANAT NAIB CANSELOR 2026

Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan satu perjumpaan bersama pegawai-pegawai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat dalam Pameran Amanat Naib Canselor 2026 di bawah Perkhidmatan Korporat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mazlan Jamali, selaku Ketua Seksyen Bahagian Promosi, PSP, dan menjadi platform penting bagi penyelarasan, perkongsian idea serta perbincangan strategik ke arah persediaan awal pameran yang berimpak tinggi.
 
Melalui sesi perbincangan ini, komitmen dan kerjasama erat antara PTJ dizahirkan bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pameran dapat dilaksanakan dengan lancar, tersusun dan berkesan. Inisiatif ini mencerminkan semangat kerja berpasukan warga UPM serta mengukuhkan peranan PSP sebagai pemacu promosi inovasi, kecemerlangan dan imej profesional universiti di peringkat nasional.
 
May be an image of one or more people and text

Date of Input: 20/01/2026 | Updated: 20/01/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:53:38pm-08:58:38pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]