SERDANG, 29 April 2025 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang amat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan inovasi dan produk inovatif yang dihasilkan oleh UPM.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Promosi & Pengurusan Harta Intelek), Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli. Delegasi daripada FSK UNISZA ialah Prof. Madya Dr. Wee Bee Suan, Timbalan Dekan Penyelidikan & Pembangunan dan barisan pensyarah terdiri daripada Dr. Napisah Hussin, Dr. Noor Zarina Abd Wahab, Dr. Abbe Maleyki Mhd Jalil dan Dr. Nor Asiah Muhd Noor.
Semasa sesi lawatan tersebut, para delegasi telah diberikan taklimat ringkas mengenai pencapaian UPM dalam bidang harta intelek, termasuk produk-produk yang telah berjaya dikomersilkan. Selain itu, turut dikongsikan ialah kisah-kisah kejayaan menerusi program InnoHub, yang merupakan antara inisiatif utama UPM dalam memperkasa ekosistem inovasi dan keusahawanan teknologi.
Dalam sesi yang sama, Ts. Dr. Saiful turut mengambil peluang untuk memperkenalkan Putra Dynamics, sebuah inisiatif latihan dan khidmat nasihat dalam bidang inovasi, serta mempromosikan program IdeaVault 2025 Festival Idea Putrajaya, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.
Date of Input: 30/04/2025 |
Updated: 30/04/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING