2025 WIPO-AUTM Leadership Summit, Bangkok Thailand yang berlangsung pada 17–18 November 2025 di Centara Grand and Convention Center, Bangkok, telah menghimpunkan para pemimpin pemindahan teknologi dari seluruh dunia untuk membincangkan isu strategik, trend global serta amalan terbaik dalam bidang pemindahan teknologi dan pengurusan inovasi. Persidangan berprestij anjuran bersama World Intellectual Property Organization (WIPO) dan Association of University Technology Managers (AUTM) ini berfungsi sebagai platform penting dalam memperkukuh dasar pemindahan teknologi global, meningkatkan kesiapsiagaan inovasi institusi, serta membina rangkaian strategik antara universiti, agensi kerajaan dan pemain industri antarabangsa.
Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), turut diwakili oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Samsilah Roslan, yang bersama para pemimpin dunia lain terlibat dalam sesi perkongsian, dialog dasar, dan penerokaan peluang kerjasama strategik. Penyertaan PSP dalam persidangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan UPM sebagai universiti peneraju dalam ekosistem pemindahan teknologi dan pengurusan harta intelek, tetapi juga membuka ruang kerjasama baharu serta penanda aras antarabangsa yang dapat memperkasa usaha pengkomersilan inovasi negara di peringkat global.
Date of Input: 24/11/2025 |
Updated: 24/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING