Pertukaran Dua Memorandum Persefahaman (MoU) Dan Perjanjian Perlesenan Bersama Syarikat Industri, Sekaligus Membuka Laluan Kepada Penyelidikan Saintifik UPM Untuk Diterjemahkan Ke Dalam Pasaran Dan Komuniti | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan bersama syarikat industri, sekaligus membuka laluan kepada penyelidikan saintifik UPM untuk diterjemahkan ke dalam pasaran dan komuniti

Pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan bersama syarikat industri, sekaligus membuka laluan kepada penyelidikan saintifik UPM untuk diterjemahkan ke dalam pasaran dan komuniti

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus meneguhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi negara melalui pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Perlesenan bersama syarikat industri, sekaligus membuka laluan kepada penyelidikan saintifik UPM untuk diterjemahkan ke dalam pasaran dan komuniti.
 
Pertukaran pertama melibatkan MyBio Beauty & Health Sdn. Bhd., sebuah startup InnoHub UPM, bagi produk berasaskan ekstrak Moringa oleifera dalam bentuk minyak dan serbuk. Inisiatif ini dijalankan melalui program SME Corp i-SEE, menekankan kolaborasi strategik antara universiti dan industri untuk memperkukuh ekosistem inovasi negara. UPM diwakili oleh Prof. Dr. Samsilah binti Roslan, Pengarah Putra Science Park, manakala pihak syarikat diwakili oleh penyelidik terkemuka, Prof. Madya Dr. Maimunah binti Sanny, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
 
Pertukaran kedua melibatkan Edstem Sdn. Bhd., juga sebuah startup InnoHub UPM, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Qurratu Ain binti Shafizam, manakala pihak UPM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Siti Sarah binti Othman dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Kerjasama ini bertujuan membangunkan kit pendidikan STEM untuk pengasingan DNA, memudahkan masyarakat memahami konsep DNA dan kaedah pengekstrakan secara mudah dan kos efektif, seterusnya meningkatkan minat serta literasi STEM dalam kalangan komuniti.
 
Majlis berprestij ini berlangsung sempena penutupan National Innovation & Commercialisation Exhibition (NICE) 2025 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dan disaksikan oleh tokoh industri dan kerajaan, termasuk YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia.
 
Kerjasama strategik kedua-dua MoU ini bukan sahaja membuka peluang komersial dan pendidikan baharu, malah membuktikan kemampuan UPM menterjemahkan penyelidikan saintifik dan pendidikan STEM menjadi produk inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh ekosistem inovasi negara.

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:23:41pm-12:28:41pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]