Pihak Putra Science Park ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Pn. Harizah binti Harun atas lantikan beliau sebagai Pegawai Eksekutif 5 di Putra Science Park.
Kami dengan sukacita mengalu-alukan kehadiran Pn. Harizah ke dalam keluarga besar Putra Science Park. Semoga pelantikan ini membawa suntikan semangat baharu dan memperkukuh lagi usaha pusat ini dalam menjadi peneraju utama pembangunan serta pengkomersialan inovasi universiti.
Kami yakin dengan bakat, pengalaman, dan komitmen Pn. Harizah, beliau akan memberi sumbangan yang signifikan bagi mencapai visi dan misi Putra Science Park. Sekali lagi, selamat datang dan tahniah
Date of Input: 10/11/2025 |
Updated: 10/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING