Prof. Dr. Samsilah Roslan Perkasa Wacana Inovasi Dan Pengkomersialan Di AIU | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Prof. Dr. Samsilah Roslan Perkasa Wacana Inovasi dan Pengkomersialan di AIU

Prof. Dr. Samsilah Roslan Perkasa Wacana Inovasi dan Pengkomersialan di AIU

Alor Setar, 20 Jun 2025 – Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) menerusi Centre for Research and Innovation Management (CRIM) telah menganjurkan satu program bertajuk “The Journey from R&D to Commercialisation – Innovation and Start-Up in Academia” yang berlangsung pada 20 Jun 2025 di Lecture Theatre 6, AIU.
 
Program ini menampilkan Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM), sebagai penceramah jemputan yang berkongsi pengalaman serta panduan praktikal dalam memindahkan hasil penyelidikan dari peringkat makmal ke pasaran melalui pengkomersialan dan penubuhan syarikat pemula niaga (start-up).
 
Sesi selama tiga jam itu memberi pendedahan kepada para penyelidik dan pelajar tentang pentingnya perlindungan harta intelek serta strategi membawa inovasi ke peringkat industri dan masyarakat.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif AIU dalam memperkasa budaya inovasi dan keusahawanan akademik di peringkat institusi pengajian tinggi.

Date of Input: 20/06/2025 | Updated: 20/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:05:07pm-12:10:07pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]