Prof Lai Terima Anugerah Inovasi Dan Pengkomersialan Produk AAN Ke-13 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Prof Lai terima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk AAN Ke-13

Prof Lai terima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk AAN Ke-13

SERI KEMBANGAN, 29 Okt – Prof. Dr. Lai Oi Ming meneruskan kecemerlangan dengan menerima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk di Majlis Anugerah Akademik Negara ke-13 di Hotel Palace of The Golden Horses di sini melalui produk REMDII Sensitive.

 

Sementara Prof. Dr. Sherina Mohd Sidik menerima Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal (Bidang Sains Sosial dan Sastera).

 

Bagi Anugerah Seni dan Kreativiti, turut menerima anugerah ialah Dr. Ang Mei Foong (Kelompok Seni Persembahan) dan Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin (Kelompok Penulisan Kreatif).

Masing-masing menerima wang tunai RM50,000 bersama sijil dan trofi yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada  akademia Malaysia yang telah banyak melonjakkan imej pengajian tinggi negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir. -

REMDII Sensitive adalah pelembap yang dirumuskan untuk menangani keadaan kulit yang kering dan meradang, terutama untuk keadaan kulit seperti dermatitis atopik. Dalam REMDII, teknik penyelidikan farmaseutikal telah digunakan untuk meningkatkan kestabilan dan fungsi bioaktiviti anti radang yang kuat dari minyak sawit merah, mengekalkan keutuhannya dan menyampaikannya dalam bentuk yang aktif secara biologi untuk mencapai tapak sasaran kulit. Teknologi REMDII dilindungi oleh 2 paten. Teknologi ini juga memenangi Anugerah Harta Intelek Kebangsaan (Kategori Paten) pada tahun 2018.

Teknologi REMDII telah dilesenkan oleh Lipidware Sdn. Bhd. Dilatih bawah program Innohub UPM, Lipidware adalah perniagaan kecil dengan impian besar. Ia menujukkan semangat “ Buatan Malaysia” yang sebenar. Sejak dilancarkan pada Jun 2017, REMDII kini boleh didapati di lebih daripada 200 farmasi dan 30 klinik di seluruh Malaysia. REMDII juga boleh didapati di klinik dan farmasi di Singapura.

Date of Input: 05/12/2019 | Updated: 05/12/2019 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEXTAM~