Program Agri-Inovator, Southeast Asian Regional Center For Graduate Study And Research In Agriculture (SEARCA) (AIP) 2026 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Program Agri-Inovator, Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) (AIP) 2026

Program Agri-Inovator, Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) (AIP) 2026

Dua orang pegawai Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Effendy Yaacob (Pensyarah Fakulti Kejuruteraan) dan Cik Suzalina Akma Awing (Pegawai Eksekutif, Putra Science Park) telah menyertai Program Agri-Inovator, Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA) (AIP) 2026 yang telah berlangsung pada 13 hingga 16 April 2026 di Ibu Pejabat SEARCA, Kampus University of Phillipines Los Baños, Los Baños, Laguna, Filipina.
 
AIP merupakan satu inisiatif latihan yang direka untuk memperkasa wakil universiti dalam mentransformasikan penyelidikan serta prototaip teknologi dalam bidang makanan dan pertanian kepada penyelesaian yang sedia untuk pasaran. Program ini bertujuan merapatkan jurang antara inovasi akademik dan impak dunia sebenar dengan memperkukuh keupayaan peserta dalam pemindahan teknologi, pengkomersialan, dan pembangunan inovasi.
 
Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Effendy Yaacob telah membentangkan projek beliau “SHROOMY: agrivoltaic mushroom cultivation”. Selain itu, program ini juga turut disertai oleh penyelidik yang berjaya dalam pengkomersilan produk Universiti daripada negara Thailand, Indonesia dan Filipina.
 
Selain itu, Prof. Dr. Samsilah Roslan (Pengarah Putra Science Park) juga turut dijemput sebagai penceramah bagi topik “University Technology Transfer Policies: The Role of HEIs and Technology Transfer Offices in Commercialization” dan Encik Chor Chee Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif Qarbotech Sdn. Bhd. untuk topik “From Research to Spin-Off: Qarbotech’s Tech Transfer Journey”.
 
Program AIP 2026 ini telah memberikan manfaat terhadap peningkatan keupayaan pengkomersialan teknologi universiti, pendedahan praktikal kepada pelesenan teknologi, kemahiran penilaian (valuation) teknologi, pemahaman dasar harta intelek dan pemindahan teknologi, pendedahan kepada perspektif sektor industri dan swasta, pembelajaran berasaskan kajian kes dan latihan berkumpulan dan rangkaian profesional dan perkongsian amalan terbaik di antara pakar, wakil universiti, dan industri dari pelbagai negara.
 
May be an image of one or more people and text

Date of Input: 24/04/2026 | Updated: 24/04/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:02:27pm-08:07:27pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]