18 Ogos 2025 – Program Bengkel Harta Intelek dan Integrasi Teknologi anjuran Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Dorsett Putrajaya. Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah PTPKM, YBhg. Prof. Dr. Muhammad Rezal bin Dato’ Kamel Ariffin, dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, yang turut menyampaikan sepatah dua kata. Sepanjang sesi pada hari pertama, peserta-peserta program terdiri daripada 30 buah syarikat diberikan penerangan mengenai pemfailan harta intelek oleh Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley, Timbalan Pengarah Seksyen Promosi dan Pengurusan Harta Intelek, PSP.
Program turut merangkumi sesi hands-on pengisian borang permohonan IP serta sesi soal jawab interaktif, yang memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapatkan pencerahan secara lebih mendalam. Penganjuran ini berjaya meningkatkan kefahaman para peserta tentang kepentingan perlindungan idea serta memperkemaskan pengetahuan mereka terhadap prosedur pemfailan harta intelek secara lebih sistematik dan berkesan.

Date of Input: 19/08/2025 | Updated: 19/08/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia