Program GROWMatch 2025 Telah Berjaya Dianjurkan Hari Ini Di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Program GROWMatch 2025 telah berjaya dianjurkan hari ini di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur

Program GROWMatch 2025 telah berjaya dianjurkan hari ini di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur

18 September 2025 – Program GROWMatch 2025 telah berjaya dianjurkan hari ini di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur. Program ini merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara. Ia berfungsi sebagai platform pemadanan antara penyelidik, industri, agensi pelaburan dan pembuat dasar, selaras dengan objektif nasional bagi meningkatkan kadar pengkomersialan hasil penyelidikan serta mempercepatkan pemindahan teknologi ke pasaran.
 
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Faiz Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan seterusnya dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayub, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sesi diteruskan dengan ucaptama khas oleh Mr. Loi Tuan Ee, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd., yang berkongsi pengalaman syarikat dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan.
 
Turut hadir sebagai ahli panel jemputan ialah Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang mewakili pihak universiti sebagai salah satu rakan strategik Program GROWMatch 2025.
 
Selain itu, tiga syarikat pemula di bawah Program InnoHub PSP turut mengambil peluang untuk menyertai sesi ini dan mengetengahkan teknologi masing-masing, iaitu Terradeca Sdn. Bhd., Astera Food Sdn. Bhd. dan Agropv Integrated Sdn. Bhd.

Date of Input: 19/09/2025 | Updated: 19/09/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:31:53pm-12:36:53pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]