PROGRAM INTENSIF RTTP 2025 FASA 2 KURSUS 4 – INNOVATION IN ACTION: SPIN-OUT & START-UP COMPANIES

18 Ogos 2025

Putra Science Park, UPM
Kursus 4: Innovation in Action – Spin-Out & Start-Up Companies - salah satu kursus daripada Program Intensif RTTP 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya!


Program ini telah memberi pendedahan komprehensif kepada peserta mengenai dunia spin-out dan start-up – dari proses penubuhan hinggalah ke strategi pelaburan dan struktur undang-undang.
Sesi yang berlangsung sepanjang hari:

Sesi 1: Pengenalan kepada spin-out & start-up

Sesi 2: Kajian kes syarikat berjaya – bersama Prof. Dr. Samsilah Roslan

Sesi 3: Struktur undang-undang & kewangan perniagaan baharu

Sesi 4: Perbincangan kumpulan – merangka strategi start-up

Sesi padat dengan ilmu, perbincangan aktif dan idea-idea bernas daripada peserta serta bimbingan penceramah hebat:

Prof. Dr. Samsilah Roslan, RTTP

En. Ahmad Zakir Dato' Wira Jaafar, RTTP
Kami ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kursus ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membangunkan usaha niaga yang berimpak tinggi.
Date of Input: 20/08/2025 |
Updated: 20/08/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING