Program Ketiga Kursus Academic Startup Accelerator - Coaching Session To UNIMAS HIIT Incubator Researcher | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Program Ketiga Kursus Academic Startup Accelerator - Coaching Session to UNIMAS HIIT Incubator Researcher

Program Ketiga Kursus Academic Startup Accelerator - Coaching Session to UNIMAS HIIT Incubator Researcher

SERDANG – Telah berlangsung Program Ketiga Kursus Academic Startup Accelerator - Coaching Session to UNIMAS HIIT Incubator Researcher. Sesi ini telah dijalankan sebanyak tiga fasa, iaitu pada 18 Jun, 16 Julai dan 29 Ogos 2025.
 
Seramai sembilan (9) orang penerima geran inkubator UNIMAS telah mengambil bahagian dalam sesi coaching yang dikendalikan dengan jayanya oleh Penyelaras Innohub Putra Science Park, Prof. Madya Siti Rahayu Hussin.
 
Sepanjang sesi, para peserta bukan sahaja diberikan bimbingan tentang kaedah pitching yang sesuai dan berkesan kepada pihak berkepentingan, malah turut didedahkan dengan pembinaan cadangan nilai (value propositions), Business Model Canvas (BMC), serta penyediaan unjuran kewangan (financial projections) bagi mengukuhkan perancangan komersialisasi mereka.
 
Dengan berakhirnya program ini, maka selesailah keseluruhan siri Academic Startup Accelerator yang merangkumi tiga program utama, dianjurkan oleh Putra Dynamics PSP dengan kerjasama Centre of Research and Innovation Management (RIEC) UNIMAS.
 
Diharapkan penganjuran ini dapat terus menyemarakkan budaya keusahawanan akademik serta melahirkan lebih ramai penyelidik yang mampu membawa hasil penyelidikan ke peringkat komersial.

Date of Input: 29/08/2025 | Updated: 29/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:48:46pm-08:53:46pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]