Program Rejuvenasi Minda Inovasi Cetus Idea Baharu Perkukuh Ekosistem Inovasi UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Program Rejuvenasi Minda Inovasi Cetus Idea Baharu Perkukuh Ekosistem Inovasi UPM

Program Rejuvenasi Minda Inovasi Cetus Idea Baharu Perkukuh Ekosistem Inovasi UPM

SERDANG, 11 Jun 2026 – Program Rejuvenasi Minda Inovasi Sesi 1 bersempena Bulan Sinergi PUTRA 2026 telah berlangsung hari ini bertempat di Bilik InnoHub, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Program yang dianjurkan PSP ini bertemakan “Start with the End in Mind – From Lab to Market” . Ia bertujuan memperkasa pemikiran inovasi serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan perjalanan penyelidikan daripada makmal sehingga ke pasaran. Kefahaman ini penting terutama dalam kalangan penyelidik atau pensyarah muda universiti.

May be an image of television and text that says "Our Innovator Meet the Minds Beh the Innova Where Creativity 取家"

Program ini telah disertai kira-kira 26 orang pegawai UPM yang terdiri daripada Pensyarah Muda dan Pegawai Penyelidik, yang berperanan sebagai pemacu kepada penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan hasil kajian universiti.

Antara pengisian program meliputi perkongsian berkaitan Perlindungan Harta Intelek (IP), peranan penyelidik, pemetaan harta intelek dan pemasaran inovasi, selain sesi interaksi serta konsultasi bersama penceramah. Turut dibincangkan ialah laluan pengkomersialan hasil penyelidikan dari makmal ke pasaran serta peranan Putra Science Park dalam menyokong pembangunan inovasi UPM.

May be an image of one or more people, people studying, newsroom and hospital

Pihak PSP berharap lebih ramai penyertaan untuk sesi kedua yang dijadual berlangsung pada 25 Jun 2026 nanti. Melalui program seumpama ini dapat memperkukuh budaya inovasi serta menyumbang kepada impak nasional dan global selaras dengan aspirasi UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan.

May be an image of newsroom, dais and text

Date of Input: 11/06/2026 | Updated: 11/06/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (08:39:57am-08:44:57am, 16 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]