Projek Formulasi Racun Perosak Baharu Catat Kemajuan Memberangsangkan Di Sesi Laporan InnoHub Fasa 2 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Projek Formulasi Racun Perosak Baharu Catat Kemajuan Memberangsangkan di Sesi Laporan InnoHub Fasa 2

Projek Formulasi Racun Perosak Baharu Catat Kemajuan Memberangsangkan di Sesi Laporan InnoHub Fasa 2

Serdang, 21 April 2025 – Satu lagi sesi pembentangan Laporan Kemajuan Projek InnoHub Fasa 2: Kohort September 2024 telah berjaya diadakan hari ini melibatkan projek “New Formulation Composition for Pesticides” yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Kartinee Kassim.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin, selaku Penyelaras Program InnoHub. Pembentangan tersebut memperincikan perkembangan semasa projek, khususnya dalam aspek market validation yang kini giat dijalankan.

Putra Science Park (PSP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelidik Teknikal dan Penyelidik Pasaran atas dedikasi serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang sesi berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada pasukan projek atas kemajuan memberangsangkan yang ditunjukkan, sekaligus memperkukuhkan potensi teknologi ini untuk dikomersialkan ke pasaran dalam masa terdekat.

Date of Input: 21/04/2025 | Updated: 21/04/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (02:26:20pm-02:31:20pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]