Serdang, 14 Februari – Putra Science Park (PSP), UPM telah menganjurkan Mesyuarat Potensi Perlindungan Harta Intelek (IP) dan Pelesenan Produk Sertu bersama syarikat Global Dibagh Sdn. Bhd. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah PSP, Prof. Dr. Samsilah Roslan, serta dihadiri oleh penyelidik Geran Pembangunan Produk (GPPP), Prof. Madya Dr. Nor Ainy Mahyudin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Mesyuarat ini membincangkan potensi perlindungan IP dan pelesenan produk sertu yang dihasilkan daripada kaolinite dalam bentuk tablet. Produk ini bakal dibangunkan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan industri dan kegunaan persendirian. Dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan pematuhan syariah dan pensijilan halal, produk ini dijangka mendapat sambutan tinggi dalam pasaran.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh strategi pengkomersilan bagi memastikan produk ini dapat menembusi pasaran dengan lebih berkesan. Kolaborasi antara UPM dan syarikat industri seperti Global Dibagh Sdn. Bhd. menjadi langkah strategik dalam memperkukuhkan inovasi tempatan serta memperluaskan akses pasaran bagi produk berasaskan penyelidikan universiti.
Date of Input: 17/02/2025 | Updated: 17/02/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia