Serdang, 22 Januari 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Fakulti Pendidikan UPM telah mengadakan sesi perbincangan bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam mempromosikan penyertaan pelajar sekolah menengah dalam pertandingan IdeaVault, yang merupakan sebahagian daripada Festival Idea Putrajaya.
Perbincangan ini melibatkan wakil pegawai dari PSP dan Fakulti Pendidikan UPM, dengan fokus utama untuk memperluaskan jangkauan program IdeaVault ke peringkat sekolah menengah. Melalui kerjasama ini, pelajar akan diberi pendedahan awal mengenai pemikiran kreatif, inovasi, dan keusahawanan teknologi, sekaligus menggalakkan lebih ramai penyertaan dalam pertandingan yang mengiktiraf idea-idea baharu yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Program ini juga bertujuan memperkukuh peranan guru sebagai mentor dalam membimbing pelajar mengembangkan idea inovatif mereka. PSP dan Fakulti Pendidikan UPM akan terus bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan program ini memberi impak positif kepada generasi muda dalam membina daya saing dan kreativiti dalam bidang inovasi.
Date of Input: 22/01/2025 | Updated: 22/01/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia