PSP Showcase Product Commercial At Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan 2019 Exhibition | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP Showcase Product Commercial at Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan 2019 Exhibition

PSP Showcase Product Commercial at Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan 2019 Exhibition

SERDANG, 6 Ogos  - PSP UPM pamerkan pelbagai produk komersil yang ditumpukan kepada pesawah padi pameran Inovasi UPM sempena Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan di foyer Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM pada 6 dan 7 Ogos 2019.

Pelbagai inovasi berkaitan industri padi di bawah PSP, ITAFOS dan Fakulti Kejuruteraan di pamerkan sepanjang dua hari persidangan berlangsung seperti produk Zappa, Vitagrow, Sapputra, Harvast, Bacto-10, SRI dan pelbagai produk komersil UPM. Produk yang dipamerkan pada kali ini  bersesuaian dengan peserta persidangan ini yang terdiri darpada peladang dan syarikat pertanian berkaitan sawah padi.

Selain itu, syarikat pengkomersilan produk inovasi UPM turut sama mempamerkan booth mereka di persidangan berkenaan seperti Diversatech Fertilizer Sdn Bhd dan Amco Sdn Bhd selaian daripada pameran oleh agensi kerajaan dan penyelidikan lain seperti MARDI, MADA, KADA dan lain-lain.

Booth pameran di bawah kerjasama penganjur ITAFOS UPM turut menerima kunjungan daripada YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Naib Canselor UPM ke booth PSP ditemani oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.

PSP UPM telah memperkenalkan produk terkini keluaran syarikat Innohub PSP UPM Qarbotech Sdn Bhd iaitu HARVAST - photosynthesis enhancer yang dapat meningkatkan kadar penyerapan cahaya matahari bagi meningkatkan kadar fotosintesis pokok supaya menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi. Pihak syarikat turut memberikan HARVAST kepada YB Menteri sebagai cenderahati untuk kegunaan Menteri.

PSP telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak ITAFOS UPM selaku penganjur persidangan dan pameran ini bagi mempromosikan hasil penyelidikan dan inovasi UPM kepada pihak luar terutamanya kepada pemain industri di dalam industri sawah padi di Malaysia.

 

Date of Input: 14/08/2019 | Updated: 14/08/2019 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdGA2~