PSP Terima Lawatan Daripada Tuan Pierre Kadet, Pengarah Climate-Resilient Food Systems, International Development Research Centre (IDRC) Canada | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP Terima Lawatan Daripada Tuan Pierre Kadet, Pengarah Climate-Resilient Food Systems, International Development Research Centre (IDRC) Canada

PSP Terima Lawatan Daripada Tuan Pierre Kadet, Pengarah Climate-Resilient Food Systems, International Development Research Centre (IDRC) Canada

SERDANG, 29 Mei 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan atas dasar lawatan kerja daripada Tuan Pierre Kadet, Pengarah Climate-Resilient Food Systems, International Development Research Centre (IDRC) Canada.
 
Untuk makluman, IDRC memainkan peranan penting dalam menyokong dan membiayai penyelidikan serta inovasi di negara-negara membangun bagi mendorong perubahan global. IDRC melabur dalam penyelidikan berkualiti tinggi di negara membangun, berkongsi pengetahuan bersama penyelidik dan pembuat dasar untuk meningkatkan penggunaan dan penerapan hasil penyelidikan, serta menggerakkan pakatan globalnya ke arah membina dunia yang lebih mampan dan inklusif.
 
Ybrs. Inv. Asrizam Esam, Ketua Seksyen Korporat & Hubungan Strategik selaku wakil PSP telah membawa Tuan Pierre Kadet melawat Galeri Penyelidikan & Inovasi PSP. Perbincangan antara dua pihak telah diteruskan dengan pembentangan daripada PSP dan potensi kerjasama strategik antara PSP dan IDRC serta potensi pelaburan dalam membangunkan penyelidikan dan inovasi di UPM.
 
Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah YBhg. Prof. Dr. Natrah Fatin Mohd Ikhsan, Ketua Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian serta Pn. Ashida Othman, Ketua Seksyen Harta Intelek PSP.

Date of Input: 03/06/2025 | Updated: 03/06/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (08:21:51pm-08:26:51pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]