PUTRA SCIENCE PARK DAN BERNAS PERKUKUH KERJASAMA PENGKOMERSILAN INOVASI PERTANIAN UPM | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » PUTRA SCIENCE PARK DAN BERNAS PERKUKUH KERJASAMA PENGKOMERSILAN INOVASI PERTANIAN UPM

PUTRA SCIENCE PARK DAN BERNAS PERKUKUH KERJASAMA PENGKOMERSILAN INOVASI PERTANIAN UPM

Satu mesyuarat telah diadakan antara Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS, Dato’ Mohammad Azlan bin Abdullah, serta wakil pengurusan kanan BERNAS iaitu Encik Abdul Rahman bin Mohd Nasri dan Encik Mohd Zakri bin Zulkafli. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan, Prof. Dr. Rafii Yusop selaku penyelidik bagi inovasi PadiU Putra, serta wakil syarikat startup InnoHub, Putra Agrotech Sdn. Bhd.. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan usaha pengkomersilan teknologi PadiU Putra, yang berupaya meningkatkan produktiviti dan daya tahan varieti padi tempatan.
 
Selain PadiU Putra, mesyuarat turut membincangkan pengembangan pelbagai inovasi pertanian UPM lain seperti QarboGrow, Biorepellent, dan produk-produk Halways yang berpotensi diterapkan dalam industri agro bagi memperkukuh rantaian nilai pertanian negara. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama antara UPM dan BERNAS dalam memperkukuh ekosistem inovasi pertanian melalui kolaborasi industri-universiti, seterusnya memacu pembangunan teknologi tempatan ke arah pertanian mampan dan berimpak tinggi.

Date of Input: 01/11/2025 | Updated: 01/11/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (03:13:39pm-03:18:39pm, 17 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]