30 Oktober 2025 — Satu perbincangan meja bulat telah diadakan antara Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan The Hive, yang diketuai oleh Dato’ Syed Haizam Jamalullail, bagi membincangkan perancangan strategik ke arah mentransformasi hasil penyelidikan dan harta intelek universiti menjadi usaha niaga boleh labur (investable ventures). Sesi ini menekankan keperluan membangunkan ekosistem yang mampan bagi menghubungkan inovasi akademia dengan dunia pelaburan dan keusahawanan, sekali gus memperkukuh potensi komersialisasi teknologi tempatan.
Inisiatif strategik ini dijangka menjadi pemangkin kepada kemasukan pelaburan swasta dan antarabangsa dalam sektor inovasi universiti, serta melahirkan usahawan dan bakat berimpak tinggi yang mampu memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Pendekatan ini turut dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh kapasiti inovasi kebangsaan melalui integrasi antara penyelidikan, industri dan pelaburan, seterusnya menjadikan universiti sebagai hab utama dalam pembangunan R&D-driven venture ecosystem di Malaysia.
Date of Input: 01/11/2025 | Updated: 01/11/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia