Putra Science Park (PSP) Telah Melaksanakan Perbincangan Lanjut Dengan Syarikat Teraju Sepadu Sdn. Bhd. Buat Kali Kedua | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » Putra Science Park (PSP) telah melaksanakan perbincangan lanjut dengan syarikat Teraju Sepadu Sdn. Bhd. buat kali kedua

Putra Science Park (PSP) telah melaksanakan perbincangan lanjut dengan syarikat Teraju Sepadu Sdn. Bhd. buat kali kedua

14 Ogos 2025 : Putra Science Park (PSP) telah melaksanakan perbincangan lanjut dengan syarikat Teraju Sepadu Sdn. Bhd. buat kali kedua. Sebelum ini, PSP telah menerima kunjungan daripada syarikat ini bersama syarikat daripada China. Perbincangan buat kali kedua ini telah mencapai persetujuan dan syarikat ini amat berminat untuk melesenkan teknologi UPM yang berasaskan tepung daripada biji durian, TepuDuryan. Tepung daripada biji durian ini juga boleh menghasilkan biskut yang berkhasiat kerana ia didapati mengandungi Glycemic Index (GI) yang rendah selain daripada protein dan sesuai untuk pesakit diabetes dan yang ingin berdiet.
 
Inovasi UPM, TepuDuryan dan Duryan Kukis ini adalah hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Rosnah Shamsudin dengan penyelidik bersama Puan Zanariah Mohd Dom dari Fakulti Kejuruteraan manakala Prof. Madya Dr. Wan Zunairah Wan Ibadullah dari Fakulti Sains Makanan dan Teknologi.

Date of Input: 14/08/2025 | Updated: 14/08/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (08:22:42am-08:27:42am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]