SERDANG, 13 November - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Bangladesh Hi-Tech Park Authority (BHTPA) yang diketuai oleh Encik Monjur Mohammad Shahriar, Pengarah Projek (Timbalan Setiausaha), Digital Entrepreneurship and Innovation Eco-System Development Project.
Delegasi disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park merangkap Ketua Projek University Innovation Hub Programme Management di bawah kendalian UPM Innovations Sdn Bhd, yang turut berkongsi tentang ekosistem inovasi, pencapaian komersialisasi penyelidikan, serta proses pengurusan inovasi di UPM.
Sesi diteruskan dengan pitching oleh syarikat pemula di InnoHub, memperlihatkan potensi teknologi hasil penyelidikan UPM yang telah dikomersilkan.
Date of Input: 13/11/2025 |
Updated: 13/11/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING