»
NEWS » Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Incheon Technology Exchange, Korea Selatan
SERDANG, 16 Jun - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Incheon Technology Exchange, Korea Selatan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam bidang inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan.
Delegasi telah disambut oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek), Putra Science Park. Lawatan ini merangkumi sesi perbincangan dua hala, perkongsian ekosistem inovasi serta lawatan ke Galeri Penyelidikan & Inovasi PSP.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka peluang baharu dalam pembangunan teknologi dan pengkomersialan inovasi antara kedua-dua institusi.
Date of Input: 16/06/2026 |
Updated: 16/06/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING